Monday, 31 December 2012

BEBERAPA JAWAPAN TUHAN MENGENAI MASALAH MANUSIA


Soalan:adakah aku sudah dikira beriman?

Jawapan:Apakah manusia itu mengira mereka dibiarkan saja mengatakan,:"kami beriman",sedangkan mereka tidak diuji?dan sesungguhnya Tuhan mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.(surah Al-Ankabut ayt 2-3)

Soalan:kenapa aku x dapat apa yg aku idamkan?

Jawapan:Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia buruk bagimu,Tuhan mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui
(surah al-Baqarah ayt 216)

Soalan:aku rasa kecewa,tertekan,lemah semangat...

Jawapan:Janganlah kamu bersikap lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya,sekiranya kamu orang-orang yang beriman(surah Ali-Imran ayt 139)

Soalan:bagaimana aku harus menghadapinya?

Jawapan:wahai orang-orang yang beriman,bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebaikan) dan kuatkanlah kesabaranmu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah sempadan) serta bertakwalah kepada Allah agar kamu berjaya(surah Ali-imran ayt 200)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan  sabar dan solat,dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang kusyuk(surah al-Baqarah ayt 45)

Soalan:apa yg aku dpt drpd semua ini?

Jawapan:Sesungguhnya Allah membeli daripada orang mukmin,diri,harta mereka dengan memberikan syurga bagi mereka(surah at-Taubah ayt 111)

Soalan:kpd siapa aku perlu berharap?

Jawapan:cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dia.Hanya kepadaNya aku bertawakkal,dan Dia Tuhan yang memiliki arsy` yang agung(surah at-Taubah ayt 129)

Soalan terakhir:Ah...aku x tahan lagi...aku dah bosan

Jawapan:dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Allah.Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan orang yang kafir
(surah Yusuf ayt 87)

*Redalah pada ketentuan Allah,dan sentiasalah bersikap positif dalam kehidupan...










Saturday, 29 December 2012

15 KEBAIKAN SUJUD




Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

Berikut merupakan 15 kebaikan sujud dalam solat. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat:

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut .(Convulsions).
13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya.
15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Walau tiada 15 kebaikan sujud ni pun, semua umat Islam wajib untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Amalan pertama yang ditanya bukanlah berapa sihat kamu di dunia, atau berapa banyak duit kamu ada, tetapi adalah amalan solat kamu. Baik amalan solat kamu, insyaAllah senang kehidupan kamu selepas mati kelak. Wallahualam.

Tuesday, 25 December 2012

SEIRING SEHALUAN. . .


Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar

Hari yang indah
Senyuman pertama
Hulurkan salam ukhwah kita

Berpesan mengingati
Dituntut agama
Kita bagaikan satu keluarga

Silaturrahim ini tak akan terpisah
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Demi satu kejayaan
Perlu pengorbanan
Keazaman juga ketabahan

Inilah kehidupan menuntut kesungguhan
Tak semudah indahnya khayalan
Silaturrahim ini tak akan terpisah
Berbahagia untuk selamanya InsyaAllah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Monday, 10 December 2012

BERSEGERALAH MENGEJAR AMPUNAN ALLAH

Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertakwa

(iaitu) orang yang berinfak,baik diwaktu senang mahupun susah,dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain.Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan

Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri,(mereka segera) mengingat Allah,lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya,dan siapa lagi dapat mengampunkan dosa selain Allah?dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu,sedang mereka mengetahui

Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,mereka kekal di dalamnya.Dan (itulah) sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal

>>surah Ali Imran,ayat 133-136<<